Pasukan rejim Israel tetap meneruskan kerja-kerja penggalian di Dataran Al-Buraq, iaitu dinding bahagian barat Masjid al-Aqsa yang berada berhampiran Pintu Gerbang Mughrabi. Tindakan ini merupakan sebahagian daripada kerja-kerja bagi menyempurnakan proses Judaisasi Dataran al-Buraq dan barat daya Masjid al-Aqsa.
Kerja-kerja penggalian ini bertujuan untuk mengubah sepenuhnya wajah kedua tempat suci ini kepada wajah baharu versi mereka. Malah, mereka berniat ingin meluaskan lagi dataran al-Buraq seterusnya mewujudkan kemudahan Judaism baharu.

