Home Berita Post View

Israel Serang Masjid di Al-Khalil

May 26, 2023 05:38 am

 

Rejim Israel telah menyerang Masjid Khalid bin al-Walid di wilayah ak-Kassarah yang terletak di timur al-Khalil sebelum merosakkan masjid tersebut.

Pengarah Am Waqaf, al-Khalil Nidhal al-Ja’bari menyatakan bahawa, rejim Israel melepaskan peluru hidup dan gas beracun ke arah Masjid Khalid bin al-Walid hingga menyebabkan berlaku ketegangan serius, tingkap pecah dan gas beracun merebak hingga ke bahagian dalam.  

Beliau menegaskan bahawa ini bukan kali pertama masjid ini diserang oleh rejim Israel kerana mereka cuba membakarnya pada bulan Ramadan lalu. Ini menunjukkan bahawa serangan berterusan ke atas masjid dan tempat keagamaan ini adalah dasar penyelesaian perkauman yang bertujuan pada penyucian agama.