Home Berita Post View

Keganasan Penduduk Haram Israel Dalam Serangan ke atas Kampung Burqa

May 26, 2023 05:37 am

Seorang pemuda mengalami kecederaan akibat terkena peluru hidup manakala tiga yang lain hanya terkena serpihan-serpihannya. Sementara itu, puluhan warga penduduk mengalami kesesakan nafas akibat gas beracun yang dilempar dalam serangan penduduk haram yang menyasarkan rumah mereka di Kampung Burqa yang berada di Nablus.

Pegawai yang bertanggungjawab ke atas fail penempatan di utara Tebing Barat, Ghassan Douglas menyatakan, penduduk haram bertindak menyerang rumah warga penduduk selain turut membakar berek biri-biri dan tanah tanaman zaitun. Tidak hanya itu, mereka turut melepaskan peluru hidup di bawah perlindungan tentera Israel yang telah melepaskan gas dan bom tangan.

Bulan Sabit Merah melaporkan, seorang pemuda mengalami kecederaan selepas ditembak peluru hidup di bahagian kaki, sementara tiga pemuda 

uilain cedera terkena serpihan peluru hidup di bahagian kaki, tangan, dan muka, di samping puluhan yang lain mengalami kesesakan nafas. 


 

Related