Home Berita Post View

Penduduk Haram Menceroboh Al-Aqsa Bersempena Feast of Weeks

May 26, 2023 05:36 am

Ratusan penduduk haram menceroboh Masjid al-Aqsa dari Pintu Mughrabi di bawah kawalan keselamatan yang ketat daripada pihak polis Israel. Pencerobohan yang dilakukan difahamkan bersempena keraian Feast of Weeks.

Polis Israel telah mengerahkan pasukan polis mereka di halaman al-Aqsa dan di pintu gerbangnya bagi mengamankan pencerobohan yang dilakukan penduduk haram, di tengah-tengah sekatan ketat yang dikenakan ke atas kemasukan rakyat Palestin. Mereka turut menghalang kemasukan warga Palestin yang berumur bawah 50 tahun. Sekatan ini bertujuan menghalang mereka daripada menunaikan solat magrib dan subuh di masjid tersebut. 

Jabatan Wakaf Islam di Baitul Maqdis menyatakan, kira-kira 200 penduduk haram telah menceroboh Masjid al-Aqsa sejak pagi tadi selain melakukan lawatan provokatif di halaman masjid.

Pencerobohan ini berlaku merupakan respons kepada seruan yang dibuat oleh komuniti sinagog yang dikatakan cuba melakukan pencerobohan besar-besaran ke dalam Masjid al-Aqsa bersempena Feast of Weeks.

 

 

Related