Home Berita Post View

Israel Ceroboh Barat Jenin

May 24, 2023 07:31 pm

 

Beberapa orang penduduk Palestin mengalami sesak nafas dalam ketegangan yang berlaku di antara rejim Israel di perkampungan Zububa yang terletak di barat Jenin, Tebing Barat.

Menurut daripada sumber yang diperoleh, ketegangan tersebut berlaku selepas rejim Israel menceroboh perkampungan berkenaan. Dalam insiden tersebut, pihak musuh telah melepaskan gas pemedih mata ke arah penduduk dan kediaman mereka sehingga menyebabkan beberapa penduduk yang berada di situ sesak nafas. 

Difahamkan bahawa perkampungan tersebut bersebelahan kem penempatan haram Israel, Salim di barat Jenin dan dinding apartheid. Perkampungan tersebut terdedah kepada pencerobohan berulang kali oleh rejim Israel. Pihak musuh menceroboh dengan mendirikan pos pemeriksaan dan memusnahkan kediaman penduduk.

Related