Rejim Israel telah menceroboh beberapa buah kediaman di Tebing Barat dan Baitul Maqdis serta menahan seramai 12 orang termasuk dua remaja.
Menurut sumber tempatan, rejim Israel menahan seorang pemuda yang cedera dan ayahnya selepas rejim melancarkan pencerobohan di bandar Jenin dan menceroboh kediamannya. Pihak musuh turut melepaskan bom tangan sehingga menyebabkan bahagian dalam kediaman terbakar.
Pada masa yang sama, rejim Israel telah menceroboh bandar Jaba’ setelah unit penyamaran khas Israel menyusup masuk dan menahan dua saudara dari bandar berkenaan dan dua pemuda lagi di Nablus. Pihak musuh turut menahan empat orang pemuda selepas serbuan dilancarkan ke atas kediaman mereka di Baitul Maqdis manakala dua orang remaja berusia 15 tahun ditahan ketika berdiri di hadapan rumahnya.

