Home Berita Post View

Tahanan Sakit di Penjara Ramla Lancar Mogok Lapar

May 24, 2023 07:28 pm

 

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan melaporkan, bahawa tahanan yang sakit kini berada di klinik Penjara Ramla memutuskan untuk melakukan mogok lapar secara terbuka. Tindakan ini difahamkan, adalah sebagai cara membantah keadaan kesihatan mereka berikutan pengabaian perubatan yang disengajakan ke atas mereka.

Pihak berkuasa menyatakan, bahawa tahanan telah memberi tempoh masa kepada pihak pentadbiran penjara Israel beberapa kali agar menyediakan rawatan kesihatan yang terjaga di klinik Penjara Ramla. Malangnya, mereka masih mengabaikan penyediaan hak kesihatan kepada para tahanan.

Pihak berkuasa menyatakan, pentadbiran penjara tidak menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas para tahanan di penjara sepanjang tempoh mereka dalam tahanan. Selain itu, mereka juga tidak memberikan rawatan yang diperlukan kepada tahanan yang sakit. Malah, mereka turut menghalang kemasukan kakitangan perubatan bagi merawat mereka selain enggan menyerahkan fail perubatan para tahanan untuk dikemukakan kepada doktor di luar penjara. Akibatnya, tindakan jahat ini memberi ancaman buruk kepada tahap kesihatan mereka.

Related