Beberapa orang penduduk Palestin mengalami kecederaan manakala sebahagian yang lain ditahan dalam sebuah serangan yang dilancarkan rejim Israel di kawasan berbeza Tebing Barat.
Menurut sumber tempatan, dua orang pemuda dari kem pelarian Jenin telah ditembak ketika mereka berdua berada di dalam kenderaan. Insiden berlaku selepas rejim Israel menceroboh bandar Qabatiya. Susulan dari itu, sebuah pertempuran ganas tercetus di mana pihak musuh melepaskan tembakan, bom bunyi dan gas pemedih mata ke arah pemuda yang berada di tempat kejadian.
Dalam pada itu, ketegangan turut berlaku di Nablus. Sekurang-kurangnya 15 buah kediaman menjadi ‘mangsa’ penggeledahan rejim Israel dan kerosakan teruk yang dilaksanakan mereka. Seorang pemuda turut ditahan. Sementara itu, seorang pemuda dari Ramallah, seorang dari Baitul Laham dan seorang tahanan yang dibebaskan dari al-Khalil turut ditahan.

