Home Berita Post View

Perarakan Bendera: Israel Tutup Ruang Solat Masjid al-Qibli

May 18, 2023 06:33 pm

 

Tindakan melampau rejim Israel menutup ruang solat Masjid al-Qibli pada awal pagi ini (Khamis) selepas mereka menghalau keluar jemaah Muslim dari masjid berkenaan. Difahamkan, tentera Israel bertebaran di perkarangan Masjid al-Aqsa demi menjamin keselamatan warga Israel di sana untuk meraikan Perarakan Bendera Israel.

Polis Israel turut membuka pintu al-Mughrabi bagi memberi kebenaran kepada warganya menceroboh Masjid Al-Aqsa. Pada masa yang sama, mereka mengenakan sekatan masuk ke atas rakyat Palestin ke masjid tersebut serta menahan sebahagian daripada mereka. Beberapa orang pemuda yang berada di tempat kejadian turut diserang dengan ganas.

Polis Israel terus memperkukuh langkah keselamatan dan ketenteraan mereka di Kota Lama bagi menjamin keselamatan kumpulan sayap kanan ekstremis dan warganya yang menyertai perarakan hari ini. Perarakan ini dijalankan sempena Hari Penyatuan al-Quds dan ulang tahun penjajahan rasmi Israel ke atas Baitul Maqdis Timur mengikut kalendar Israel.

Related