Home Berita Post View

Gallant Menandatangani Keputusan Menduduki Semula Tanah Homesh

May 18, 2023 06:33 pm

 

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant menandatangani keputusan membenarkan penduduk haram Yahudi menduduki semula penempatan yang sebelum ini dikosongkan oleh tentera iaitu pada tahun 2005.

Saluran Tujuh Israel melaporkan, Gallant telah mengarahkan pihak tenteranya agar mengeluarkan perintah membenarkan penduduk haram menduduki semula penempatan Homesh yang terletak di utara Tebing Barat. Perkara ini berlaku beberapa minggu selepas Knesset mengesahkan pemansuhan Akta Penarikan Diri daripada empat buah penempatan di rantau ini.

Saluran itu turut berkata, keputusan tersebut akan membawa kesan keselamatan dan politik yang besar, di mana tentera Israel akan mengukuhkan kewujudannya dan akan menubuhkan tapak tentera sebagai titik permulaan bagi membina semula penempatan tersebut.

Related