Home Berita Post View

Seorang Pemuda Ditahan Dalam Serbuan di Nablus

May 18, 2023 06:32 pm

 

Seorang rakyat Palestin dilaporkan ditembak sementara puluhan yang lain mengalami kesesakan nafas semasa pencerobohan tentera Israel ke atas bandar Nablus di Tebing Barat. 

Pengarah Pusat Kecemasan dan Ambulans Bulan Sabit Merah, Ahmad Jibriel berkata, seorang warganegara mengalami kecederaan selepas ditembak dengan peluru logam sementara dua yang lain mempunyai lebam. Insiden ini berlaku ketika pencerobohan pihak Israel ke atas beberapa buah kawasan kejiranan di bandar tersebut. 

Pasukan Israel turut menahan seorang warganegara selepas menceroboh rumahnya di bandar Beit Amrin, utara Nablus.

Related