Home Berita Post View

Knesset Lulus Undang-Undang Larangan Menaikkan Bendera Palestin

May 18, 2023 06:31 pm

 

Knesset Israel meluluskan bacaan awal undang-undang yang melarang menaikkan bendera Palestin secara berkumpulan. Mereka turut menghentikan protes, menahan penunjuk perasaan sekiranya mereka berani menaikkan bendera.

Jika rang undang-undang tersebut diluluskan dalam tiga kali bacaan, iaitu sebarang demonstrasi yang melibatkan bendera Palestin dinaikkan oleh sekurang-kurangnya tiga orang, maka pihak Israel berhak untuk menghentikan tindakan itu serta membenarkan penahanan ke atas rakyat Palestin seterusnya menjatuhkan hukuman penjara kepada sesiapa yang terlibat menaikkan bendera Palestin. 

Di samping mereka mengharamkan protes yang melibatkan bendera Palestin dinaikkan, draf undang-undang telah menetapkan hukuman penjara sehingga satu tahun, dan membenarkan polis Israel menamatkan protes yang berlaku seterusnya menahan mereka yang terlibat. 

Related