Enam orang penduduk Palestin cedera ditembak dalam satu pencerobohan yang dilancarkan oleh rejim Zionis dan warga penduduk haramnya di perkampungan Nabi Yusuf yang terletak di Nablus, Tebing Barat.
Pengarah Ambulans dan Kecemasan Persatuan Bulan Sabit Merah, Ahmad Jibriel menyatakan bahawa seorang penduduk Palestin telah ditembak dengan peluru hidup di bahagian belakang badannya. Manakala lima yang lain cedera dan seorang wanita terkena bom bunyi sesat rejim Israel.
Beliau menegaskan bahawa beberapa kediaman terpaksa dikosongkan dan lebih 80 orang awam mengalami kesesakan nafas berikutan gas beracun yang dilepaskan pihak musuh. Puluhan warga Israel telah menceroboh perkampungan Nabi Yusuf dengan kawalan rejim Israel selepas berlakunya pertempuran di kawasan tersebut.

