Home Berita Post View

Tahanan Seumur Hidup Meningkat kepada 556 Orang di Penjara Israel

May 18, 2023 04:10 am

 

Jurucakap media Yayasan Muhjat al-Quds, Profesor Tamer Al-Za'anin mengesahkan bahawa senarai tahanan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup telah meningkat kepada 556 orang tahanan di penjara Israel.

Al-Za’anin berkata, jumlah tahanan yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup meningkat selepas mahkamah Israel menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada dua orang tahanan, Subhi Abu Shuqair dan Asaad al-Rifai. Kedua-duanya dihukum penjara seumur hidup empat kali dengan 20 tahun tambahan, selepas mereka didakwa membunuh empat orang bangsa Yahudi. Tuduhan ini dikatakan sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin as-syahid Abdullah al-Husari, walaupun keduanya sudah pernah ditahan pada 2022 atas pertuduhan ini. 

Related