Home Berita Post View

4 Cedera Ditembak Sementara 4 Yang Lain Ditahan Israel di Jenin

May 18, 2023 04:09 am

 

Empat orang rakyat awam mengalami kecederaan sementara salah seorang daripada mereka cedera parah selepas ditembak tentera Israel. Kejadian berlaku semasa tentera Israel menyerbu sebuah bandar dan kem pelarian yang berada di Jenin, Tebing Barat. 

Kementerian Kesihatan berkata, empat orang penduduk awam mengalami kecederaan akibat tembakan pendudukan Israel. Salah seorang daripada mereka ditembak di bahagian perut dan setelahnya dimasukkan ke unit pembedahan hospital, sementara yang lain cedera di bahagian kaki.

Pasukan pendudukan turut menceroboh daerah al-Hadaf yang terletak di bandar yang sama. Mereka turut bertindak mengepung salah sebuah rumah sebelum menahan empat orang beradik muda.  Pertempuran turut berlaku di mana pasukan pendudukan menjadikan bumbung beberapa buah rumah sebagai pos pemerhati tentera.

Related