Pasukan rejim Israel memaklumkan kepada Majlis Kampung al-Jalama dan Arbouna bahawa mereka akan merampas 144 dunum tanah di Jenin yang terletak di Tebing Barat.
Ketua Majlis Kampung al-Jalama, Amjad Abu Farha berkata, pihak itu telah menerima makluman daripada pihak tentera Israel, termasuk keputusan untuk merampas 144 dunum tanah dari Kampung al-Jalama dan Arbouna di Jenin. Difahamkan makluman tersebut adalah untuk tujuan keselamatan.
Jelasnya, pihak rejim turut memaklumkan bahawa rampasan tanah tersebut akan terus berkuat kuasa sehingga akhir 2027 memandangkan tanah itu masih dimiliki oleh penduduk dua kampung. Pada pagi Isnin lalu, tentera Israel menyampaikan notis rampasan 600 meter persegi tanah yang memihak kepada pembinaan bahagian baharu tembok serta perluasan yang bersifat perkauman.

