Aktivis al-Quds melancarkan seruan keperluan untuk menguatkan benteng ke atas Masjid al-Aqsa. Seruan tersebut bertujuan untuk menggagalkan perarakan bendera yang dilancarkan warga Israel yang akan disambut pada Khamis depan.
Penyelidik yang berasal dari Baitul Maqdis, Fakhri Abu Diab menyatakan bahawa tindakan menggagalkan perarakan bendera akan tercapai dengan wujudnya benteng kemanusiaan yang kuat dan utuh di Masjid al-Aqsa dan kota lama Baitul Maqdis. Beliau turut menambah bahawa benteng itu juga penting di pintu gerbang Damsyik selain perlu menaikkan bendera Palestin di setiap tempat bandar suci berkenaan.
Aktivis dari kumpulan pelampau al-Audah ila Jabal Haikal telah mengemukakan permintaan rasmi untuk membenarkan warga Israel memasuki Masjid al-Aqsa. Kebenaran kemasukan warga Israel ke perkarangan masjid tersebut merupakan sebahagian daripada Perarakan Bendera Israel yang dijadualkan pada Khamis ini. Warga Israel cuba menggerakkan 7,500 ahli dalam perarakan manakala rejim Zionis mengenakan langkah keselamatan yang ketat bertujuan untuk memastikan keamanan Perarakan Bendera tersebut.

