Rejim Zionis menahan penduduk Palestin dari pelbagai kawasan di Tebing Barat. Menurut sumber yang diperoleh, rejim Zionis telah menahan dua orang pemuda Palestin dari Jenin manakala di al-Khalil seorang pemuda ditahan selepas tindakan menceroboh dan menggeledah rumahnya.
Tangkapan itu termasuk seorang tahanan yang dibebaskan dari Tulkarm, di mana sepasukan besar tentera Israel menyerbu kem Tulkarm, di tengah-tengah tembakan peluru dan bom tangan yang hebat, dan menceroboh beberapa buah rumah warga penduduk selain memposisikan penembak tepat di atas bumbung rumah mereka.
Tebing Barat menyaksikan pada waktu subuh pagi ini, pencerobohan secara besar-besaran ke atas beberapa kawasan semasa tercetusnya rusuhan ganas yang melibatkan kumpulan pemuda. Sebagai rekod, dua orang telah syahid.

