Seorang pemuda, Soleh Muhammad Sabrah, 22 tahun mati terbunuh akibat ditembak peluru tentera rejim Israel semasa pencerobohan yang berlaku ke atas bandar Nablus dan Kem Tentera yang terletak di Tebing Barat.
Kementerian Kesihatan berkata, as-syahid Sabrah meninggal dunia selepas ditembak di bahagian dada dengan peluru hidup, sementara seorang lagi pemuda turut ditembak di bahagian bahunya.
Sumber tempatan melaporkan, pertempuran berlaku melibatkan kumpulan pejuang pemuda dan pasukan rejim Israel semasa serbuan ke atas Kem Tentera Lama dan kawasan perumahan di Nablus.

