Hari ini memasuki hari keempat pencerobohan Israel ke atas Semenanjung Gaza, dengan beberapa siri serbuan baharu di pelbagai kawasan. Sepanjang tempoh itu, dilaporkan seramai lapan orang telah syahid termasuk dua pimpinan Jihad Islami.
Sejak subuh Selasa lalu, pasukan rejim meneruskan pencerobohan secara meluas ke atas Semenanjung Gaza melalui pesawat perang dan artileri. Tindakan ini termasuklah mengebom rumah di warga penduduk, selain menyasarkan pencerobohan di kawasan tanah pertanian, perhimpunan, kemudahan umum dan pelbagai lokasi lain lagi.
Menurut laporan Kementerian Kesihatan Palestin, pencerobohan tersebut telah mengakibatkan kematian seramai 30 orang warga penduduk termasuk 4 wanita dan 6 kanak-kanak termasuk lima orang pemimpin Saraya Al-Quds. Tidak hanya itu, kejadian tidak bermaruah ini turut mencederakan 93 orang penduduk awam termasuk 32 kanak-kanak dan 17 wanita.

