Pasukan rejim Israel masih meneruskan dasar hukuman secara keseluruhan ke atas orang awam di Semenanjung Gaza untuk hari keempat berturut-turut, berikutan penutupan lalu lintas sempadan.
Penutupan lalu lintas sempadan ini melibatkan lalu komersial seperti kemasukan trak barangan, bahan asas, ubat-ubatan dan bahan api janakuasa. Tidak hanya itu, mereka turut menghalang keluar masuk penduduk dari laluan Beit Hanoun, Erez walaupun kes-kes yang melibatkan kes kemanusiaan serta para pekerja.
Pasukan Israel pada ketika ini masih menahan beberapa orang diplomat dan pekerja asing di institusi luar negara di Semenanjung Gaza. Mereka juga tidak dibenarkan pergi.
Sejak permulaan operasi ketenteraan di Semenanjung Gaza, semua laluan telah ditutup. Operasi ini telah menyebabkan 29 orang syahid manakaka puluhan berpuluh-puluh kecederaan sehingga kini. Yang lain mengalami kecederaan ringan sahaja.

