Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan kematian Ghazi Youssef Shehab, 66 tahun akibat kecederaan kritikal selepas ditembak tentera rejim Israel semasa kejadian pencerobohan ke atas Kem Nour Shams di Tulkarm.
Semasa pencerobohan Israel ke atas kem, rusuhan telah tercetus di antara sekumpulan pemuda dan rejim Israel. Akibatnya, dua orang rakyat Palestin mengalami kecederaan termasuk seorang syahid.

