Media Israel mendedahkan rundingan pengantaraan antara Gaza dan Israel berkenaan gencatan senjata untuk mengembalikan keamanan semula di rantau itu.
Saluran media 12 Israel dalam memetik ucapan seorang pegawai kanan politik Israel menyatakan, rundingan pengantaraan di antara Mesir dan Jihad Islami disambung semula bagi membincangkan gencatan senjata sebagai solusi jangka pendek.
Menurut Perbadanan Penyiaran Awam Israel, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Yoav Gallant menyatakan, selepas melakukan penilaian tentang situasi yang berlaku, Netanyahu dan Gallant mengarahkan tentera Israel agar meneruskan jenayahnya dengan menimbulkan kekacauan terhadap gerakan Jihad Islami di Gaza.
Suruhanjaya tersebut menyatakan, Netanyahu dan Gallant memutuskan bahawa siri ketenteraan di Gaza akan diteruskan selagi perlu. Sejak subuh Selasa, tentera rejim telah melakukan pencerobohan ke atas Gaza yang mengakibatkan kematian seramai 30 orang awam termasuk 6 kanak-kanak dan 4 wanita, selain 5 orang pemimpin gerakan Jihad Islami.

