Pasukan besar tentera Israel bertindak menyerang para tahanan Palestin di penjara Megiddo sebelum memindahkan tiga orang daripada mereka ke sel yang berasingan.
Berdasarkan laporan rasmi, pasukan besar unit al-Yamaz menceroboh Seksyen 8, Penjara Megiddo dan menyerang para tahanan. Susulan daripada serangan tersebut, mereka memindahkan tiga daripada tahanan Palestin yang terlibat ke sel berasingan.
Difahamkan sejak beberapa hari lalu, penduduk Palestin telah bertindak menyokong para tahanan di penjara rejim Israel secara besar-besaran. Sokongan itu ditunjukkan selepas para tahanan pentadbiran melancarkan mogok lapar sebagai tindak balas terhadap dasar penahanan pentadbiran.
Jurucakap Pusat Kajian Palestin, Amina al-Taweel berkata Pihak Berkuasa Penjara masih meneruskan jenayahnya terhadap para tahanan di penjara. Sebagai rekod, sepanjang tempoh pantauan ke atas jenayah yang dilakukan rejim Israel, peratusan tertinggi hasil tangkapan pentadbiran telah mencapai kira-kira 1,000 tahanan.

