Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan bahawa rejim Israel telah menghalang kemasukan sebarang peralatan perubatan diagnostik ke hospital-hospital yang berada di Semenanjung Gaza selama 18 bulan.
Difahamkan peranti diagnostik yang cuba dibawa masuk adalah untuk kegunaan memperincikan masalah kesihatan. Tidak hanya itu, mereka turut menghalang tugas kakitangan perubatan dalam menjalankan rawatan yang diperlukan bagi mangsa yang cedera akibat kekejaman Israel.
Kementerian Kesihatan Gaza ada menegaskan yang siri jenayah rejim Israel tidak cukup dengan hanya tindakan pengepungan, menghalang rawatan pesakit dan menyasarkan orang awam. Sebaliknya, jenayah rejim Israel turun merangkumi sekatan ke atas kemasukan peranti perubatan diagnostik ke Semenanjung Gaza.
Berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan, pencerobohan Israel yang berlaku di Semenanjung Gaza telah mengakibatkan kematian seramai 15 orang syahid, termasuk empat orang kanak-kanak dan empat orang wanita. Sementara itu, kecederaan yang dilaporkan pula adalah seramai 22 orang, termasuk tiga orang kanak-kanak dan tujuh orang wanita.

