Dua orang awam terbunuh dan seorang lagi cedera akibat tembakan rejim Israel dalam sebuah serbuan yang berlaku di bandar Qabatiya, selatan Jenin.
Pengarah Hospital Kerajaan Jenin, Wissam Bakr mengumumkan bahawa dua orang yang syahid itu ialah Ahmad Kamil dan Rani Qatanat. Para saksi kejadian tersebut menjelaskan pasukan besar tentera Israel bukan sahaja menceroboh bandar tersebut tetapi juga menceroboh beberapa buah rumah milik warga penduduk di kawasan itu. Lebih biadab, rejim Israel turut menggeledah dan membuat kacau di dalam kesemua rumah di bandar tersebut.
Menurut Wissam Bakr lagi, pasukan Israel juga ada menyasarkan peluru ke arah sebuah kenderaan milik warga tempatan di salah sebuah jalan di bandar itu. Akibatnya, dua orang pemuda dilaporkan terbunuh manakala seorang lagi mengalami kecederaan.

