Rejim Israel melancarkan operasi ketenteraan, Shield and Arrow Operation di Semenanjung Gaza.
Operasi tersebut melibatkan tentera Israel dan agensi keselamatan Israel, Shin Bet menyebabkan tiga orang pemimpin Gerakan Jihad Islami terbunuh. Difahamkan melalui Shield and Arrow Operation, tiga syuhada’ itu diserang oleh pesawat tempur milik rejim Israel yang bertindak mengebom pangsapuri kediaman mereka di sana. Sebagai rekod, tiga syuhada’ tersebut ialah Tariq Izzuddin, Khalil al-Bahtini, dan Jihad Ghannam.
Pihak media Israel mengesahkan bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah meluluskan operasi ketenteraan. Tindakan Benjamin Netanyahu meluluskan operasi ketenteraan itu dilakukan pada petang Jumaat ketika lawatannya ke ibu pejabat Shin Bet pada minggu lalu.
Sementara itu, pada subuh hari ini, tentera Israel telah mengumumkan penutupan kesemua lalu lintas di Semenanjung Gaza sehingga pemberitahuan kelak.

