Pasukan polis rusuhan di bawah seliaan Jabatan Perkhidmatan Penjara bertindak menceroboh Seksyen 5 dan Seksyen 7, Penjara Ramon, dan memindahkan tiga orang tahanan ke ruang soal siasat dan pengasingan.
Pihak Berkuasa Tahanan dan Bekas Tahanan melaporkan, tahanan yang terlibat tersebut ialah Ahmad Saadat, Ahed Gholma, dan Walid Hanatsha. Ketiga-tiga mereka telah diletakkan di sel pengasingan.
Unit rusuhan di bawah pentadbiran penjara Israel ini digunakan untuk menceroboh serta menindas para tahanan. Mereka diposisikan untuk memecah masuk ke dalam sel-sel tahanan, menjalankan operasi intimidasi, penindasan dan sabotaj, selain bersikap kejam terhadap mereka.

