Kelab Tahanan Palestin telah memberi amaran tentang kematian tahanan yang sakit berusia 60 tahun, Waleed Daqqa yang telah ditahan di penjara Israel sejak 1986. Kelab tersebut turut menggambarkan keadaan kesihatan tahanan itu yang semakin membimbangkan.
Abdullah al-Zaghari, ketua pengarah Kelab Tahanan menyatakan bahawa Waleed Daqqa dalam bahaya kerana kesihatannya yang tidak menentu. Bukan itu sahaja, malah kelab itu melahirkan rasa bimbang bahawa Walid Daqqa mungkin akan disenaraikan dalam senarai syuhada’ gerakan tahanan.
Tambahan pula, Abdullah al-Zaghari mendakwa bahawa Israel terlibat dalam jenayah terancang terhadap Walid Daqqa. Perkara yang paling penting adalah Walid Daqqa telah disahkan menghidap penyakit yang jarang ditemui iaitu barah sumsum tulang dan radang paru-paru yang teruk sehingga memaksa sebahagian paru-paru kanannya dibuang beberapa minggu lalu.

