Israel mengeluarkan tender baru bagi pembinaan 1248 unit penempatan haram Israel di Baitul Maqdis, Baitul Laham, al-Khalil dan utara Tebing Barat.
Kementerian Pembinaan dan Perumahan Israel melaporkan, bahawa kesemua tender tersebut, termasuk permit daripada Menteri Keselamatan Israel, Yoav Gallant adalah berdasarkan peraturan dan permit yang ditetapkan. Sementara itu, pihak Israel telah meluluskan sebanyak 7287 unit penempatan dua hari lalu.
Pihak Israel tetap berdegil dengan meneruskan dasar peluasan penempatan haram walaupun negara Arab dan antarabangsa menyeru agar projek penempatan yang dibangunkan di atas tanah milik penduduk Palestin itu dihentikan. Seruan tersebut sejajar dengan kesungguhan kerajaan Israel yang dipimpin oleh Benjamin Netanyahu yang sedang bergerak laju dalam meluaskan penempatan haram di Palestin.

