Home Berita Post View

Seorang Gadis Palestin Mati Ditembak di Bandar Huwwara

May 05, 2023 06:15 am

 

Seorang gadis Palestin, Iman Audah yang berumur 26 tahun telah ditembak mati oleh peluru tentera Israel di bandar Huwwara yang terletak di selatan Nablus.

Difahamkan, pasukan Israel melakukan tindakan sedemikian dengan dakwaan bahawa Iman Audah telah melakukan serangan tikaman. Akibatnya, Iman telah dipukul dan ditembak pihak rejim tepat di dada. Krew ambulans turut dihalang daripada berurusan dengan gadis yang cedera itu pada mulanya, namun kemudiannya mereka kembali dan mengambilnya dan didapati beliau dalam keadaan yang sangat serius. Tidak lama selepas itu, pihak ambulans mengumumkan kematiannya.

Dengan kematian gadis tersebut, kini jumlah syahid telah meningkat kepada 108 orang. Mereka adalah para syuhada yang ditembak mati oleh tentera rejim dan penduduk haram Israel sejak awal tahun ini. Jumlah ini termasuk 20 orang kanak-kanak dan dua orang wanita. 

Related