Tentera pendudukan Israel melancarkan siri penahanan di beberapa kawasan berasingan di Tebing Barat.
Jurucakap tentera Israel berkata, pasukan pendudukan telah menangkap seramai lapan orang rakyat Palestin pada waktu malam dan turut bertindak merampas senjata mereka. Manakala di pekan Silwad yang terletak di Ramallah, rejim ini juga menahan tiga orang rakyat selepas menceroboh rumah mereka. Tidak hanya itu, mereka juga menggeledah beberapa buah rumah lain di bandar dan pekan berasingan seperti Tammun, Tubas, dan kota Qalqilya.
Di Baitul Maqdis pula, tentera pendudukan telah menahan seorang pemain bola sepak dari sebuah kelab tempatan, serta merampas dua buah kenderaan milik dua orang tahanan yang dibebaskan sebelum ini.

