Home Berita Post View

Kementerian Tahanan: Israel Punca Utama Peningkatan Sakit Kanser Dalam Kalangan Tahanan

Feb 20, 2023 03:10 pm

 

Kementerian Tahanan dan Bekas Tahanan mengulas panjang mengenai keadaan seorang tahanan yang diasingkan Yaqub Qadiri, salah seorang wira operasi Terowong Kebebasan, yang baru-baru ini didiagnos dengan kanser tiroid.

Kementerian itu dalam satu kenyataan akhbar berkata, mereka memandang perkara ini dengan begitu serius terutamanya berkenaan kekerapan yang kian meningkat berkenaan penemuan penyakit kanser dalam kalangan tahanan. Mereka turut melihat, bahawa Israel ialah punca utama dalam kes yang berlaku ini.

Kementerian turut menekankan, bahawa tindakan Israel terhadap tahanan mengubah penjara menjadi sarang penyebaran penyakit dan wabak, seterusnya menyebabkan tahanan lebih terdedah kepada risiko berpenyakit. Perkara ini dilihat disebabkan kecuaian perubatan yang disengajakan pihak Israel terhadap mereka.

Beliau menegaskan bahawa terdapat lebih daripada 650 orang tahanan yang sedang sakit di penjara pendudukan yang kini memerlukan rawatan perubatan berterusan. Hal ini termasuk 25 orang tahanan yang menghidap kanser, dan kira-kira 80 orang tahanan yang memerlukan pembedahan segera.

 

Related