Home Berita Post View

Tahanan di Penjara Israel Melakukan Protes di Halaman Penjara

Feb 17, 2023 02:36 pm

 

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan, bersama Kelab Tahanan telah mengumumkan bahawa ahli Jawatankuasa Kecemasan Tertinggi bagi gerakan tahanan yang berada di penjara-penjara Israel memutuskan untuk berkumpul di halaman penjara bagi mengadakan tunjuk perasaan. Difahamkan tunjuk perasaan itu diadakan selepas solat Jumaat. 

Tidak hanya itu, mereka turut menggesa para tahanan untuk lebih berwaspada ekoran daripada pengumuman pihak pentadbiran penjara berkaitan peningkatan ancaman dan protes terhadap keganasan yang dikenakan ke atas tahanan di penjara Gilboa. Pada masa yang sama, protes yang dilaksanakan merupakan tindak balas terhadap pengumuman yang dilakukan oleh Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir baru-baru ini. Sebagai rekod, Ben-Gvir telah mengumumkan prosedur baharu yang bertujuan untuk menekan para tahanan. 

Berdasarkan laporan, sudah tiga hari mereka mengadakan protes terhadap pentadbiran penjara secara beramai-ramai. Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan bersama dengan Kelab Tahanan mengesahkan bahawa tindakan protes itu akan berlanjutan sehingga tarikh yang dijangkakan. Mereka juga merancang untuk melaksanakan mogok lapar bermula awal Ramadhan akan datang. 

Related