Home Berita Post View

Tebing Barat dan Baitul Maqdis Diserang, Beberapa Penduduk Ditahan

Feb 17, 2023 02:33 pm

 

Pasukan tentera Israel telah menyerang dan menahan beberapa orang penduduk Palestin di dalam beberapa buah kejadian berasingan di Tebing Barat dan Baitul Maqdis. 

Tentera Israel telah menahan tiga orang pemuda dan menceroboh kampung Sanur yang terletak di bahagian selatan bandar Jenin. 

Manakala di Baitul Maqdis, pihak Israel menahan seorang pemuda dari bandar Silwan selepas memukulnya dengan teruk. Mereka juga menahan seorang pemuda lain selepas menceroboh rumahnya yang terletak di Anata, utara Baitul Maqdis. 

Related