Rejim Zionis telah meletupkan rumah milik keluarga Palestin yang syahid, Muhammad al-Ja'bari di bandar al-Khalil, Tebing Barat.
Selepas letupan itu berlaku, warga Israel yang menetap di al-Khalil meraikan kekejaman tersebut dengan menyalakan bunga api di dalam kawasan penempatan Kiryat Arba yang terletak berhampiran kediaman Muhammad al-Ja'bari.
Difahamkan Muhammad al-Ja'bari telah melakukan serangan tembakan ke atas sekumpulan warga Israel yang mengorbankan seorang daripada mereka. Di dalam kejadian yang sama, tiga warga Israel turut didapati cedera.

