Perhimpunan Agung Knesset meluluskan rang undang-undang membatalkan kewarganegaraan atau pemastautin, termasuk menghalau setiap tahanan Palestin yang menerima bantuan kewangan daripada Pihak Berkuasa Palestin ke Tebing Barat atau Semenanjung Gaza. Difahamkan kelulusan rang undang-undang tersebut dibuat pada bacaan kedua dan ketiga di dalam sidang parlimen baru-baru ini.
Persatuan Hak Asasi Manusia, ‘Adalah telah mengeluarkan kenyataan berkaitan undang-undang tersebut. Mereka menyatakan bahawa tangan pembangkang dan parti gabungan Israel dalam Knesset berganding bahu pada hari ini adalah untuk menggubal undang-undang perkauman tambahan terhadap rakyat Palestin.
Jurucakap pertubuhan itu juga berkata, “Teks draf undang-undang tidak menyembunyikan bahawa ia telah ditulis dan diputuskan ke atas rakyat Palestin sahaja. Sebaliknya ia diwujudkan dengan tujuan untuk mencabul lebih banyak hak asasi rakyat Palestin. Kali ini rang undang-undang tersebut memfokuskan kepada pembatalan kewarganegaraan atau pemastautin, dan memindahkan mereka dari tanah serta kediaman.”

