Pentadbiran penjara Israel telah meningkatkan kawalan yang lebih ketat terhadap para tahanan Palestin. Tidak hanya itu, para tahanan turut akan dikenakan hukuman baharu yang berpotensi menjejaskan kehidupan seharian mereka.
Tindakan baharu itu merangkumi penarikan semula peralatan khusus yang telah diberikan kepada para tahanan, termasuk pengurangan tempoh rehat di penjara Gilboa dan Megiddo. Sementara itu, penjara al-Nafha, al-Naqab, dan Ramon bakal melaksanakan hukuman seperti membiarkan tahanan di luar sel dalam keadaan bergari, menyekat bekalan air dengan menutup kepala paip sinki, serta menghentikan sesi riadah untuk para tahanan.
Difahamkan hukuman-hukuman ini merupakan tindak balas ke atas para tahanan selepas mereka berlaku agresif dengan menolak kekejaman pihak tentera Israel ke atas mereka.

