Home Berita Post View

Kesihatan Ala’ Awadat Dalam Bahaya

Feb 15, 2023 04:54 pm

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan melaporkan bahawa seorang tahanan, Ala’ Awadat dari Ariha sedang berada di unit rawatan rapi Hospital Hadassah Ein Kerem di Baitul Maqdis. Menurut laporan terkini, keadaan kesihatan beliau berada di tahap kritikal.

Berdasarkan laporan daripada peguam suruhanjaya tersebut, Karim Ajwa, dua orang tahanan Palestin yang cedera, Alaa dan Hassan Awadat memerlukan rawatan rapi dan pemantauan khusus terhadap tahap kesihatan mereka. Difahamkan Alaa dan Hassan Awadat telah ditembak oleh rejim Zionis dalam sebuah serbuan di kem pelarian Aqbat Jabr, Ariha pada 6 Februari lalu. Tanpa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, kedua-dua tahanan itu ditahan dan dipenjarakan oleh rejim Zionis. 

Menurut Karim Ajwa, tahanan Hassan Awadat sedang terlantar di jabatan ortopedik dan keadaannya stabil. Bagaimanapun, tahap kesihatan Ala’ Awadat  sangat kritikal dan beliau ditempatkan di unit rawatan rapi. Buat masa sekarang, beliau diberi rawatan tertentu seperti suntikan bius dan masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan. 

 

Related