Sebuah akhbar Israel, Yedioth Ahronoth melaporkan bahawa kerajaan Israel akan meluluskan projek pembinaan penempatan haram di Tebing Barat tidak lama lagi. Kesepakatan itu dicapai selepas perangkaan garis besar projek tersebut ditetapkan ketika sesi bersama kabinet.
Akhbar tersebut menekankan bahawa projek itu melibatkan tujuh ribu unit penempatan haram dan ia akan diluluskan dalam masa terdekat.
Sementara itu, Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich mengumumkan sebanyak 9406 unit penempatan haram akan diluluskan secara berperingkat. Menurutnya, rekod penambahan unit penempatan haram itu merupakan pencapaian yang belum pernah berlaku sebelum ini.

