Home Berita Post View

Dua Buah Sekolah di Nablus Diserang Penduduk Haram Yahudi

Feb 15, 2023 04:51 pm

 

Dalam sebuah kejadian terbaru, penduduk haram Yahudi melancarkan serangan terhadap dua buah sekolah dan beberapa buah rumah di kampung Burqa yang terletak di kota Nablus, Tebing Barat.

Pegawai pengurusan penempatan haram di utara Tebing Barat, Ghassan Douglas berkata, puluhan penduduk haram Yahudi telah menyerang dua buah sekolah dan beberapa buah rumah di kampung itu dengan membaling batu ke arah bangunan-bangunan tersebut. Serangan daripada penduduk haram Yahudi itu mengakibatkan pelbagai kerosakan bangunan seperti tingkap milik 15 buah rumah telah pecah.

Ghassan Douglas turut menjelaskan bahawa penduduk kampung yang terdiri daripada kalangan penduduk Palestin telah bertindak mempertahankan harta benda dan menyerang para pelaku biadab itu. Ekoran daripada tindakan tersebut, sebuah pertempuran akhirnya tercetus di kampung itu. Difahamkan penduduk haram Yahudi telah melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Related