Menurut sumber media Israel, Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir telah mengeluarkan arahan kepada pihak perkhidmatan penjara Israel untuk memperuntukkan waktu mandi bagi setiap tahanan Palestin tidak melebihi dua minit. Selain itu, Itamar Ben-Gvir mahu bekalan air ke kamar mandi disalurkan selama satu jam sahaja untuk semua bahagian.
Keputusan itu merupakan kesinambungan daripada tindakan pentadbiran penjara Israel sebelum ini - penutupan kedai roti di penjara yang membekalkan roti secara harian, sekatan lawatan terhadap para tahanan wanita, pemotongan bekalan elektrik dan pelaksanaan hukuman yang berat ke atas para tahanan wanita.

