Home Berita Post View

Penempatan Baru Yahudi di Tebing Barat Terima Kecaman Amerika-Eropah

Feb 14, 2023 05:45 pm

 

Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat (AS) mengecam keputusan Israel dalam meluluskan sembilan pos penempatan haram di Tebing Barat. Mereka menganggap tindakan itu bakal meningkatkan ketegangan yang sedia ada di antara Israel dan Palestin.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken berkata kerajaannya menentang keras pelaksanaan perluasan penempatan haram di Tebing Barat. Beliau turut menekankan bahawa tindakan berat sebelah akan memburukkan lagi ketegangan dan menjejaskan penyelesaian dua negara tersebut.

Kesatuan Eropah turut menyatakan penolakannya terhadap keputusan kerajaan Israel mengenai kelulusan pos-pos penempatan baru dan menegaskan bahawa penempatan tersebut tidak sah. Pihak kesatuan itu juga menyeru agar pembinaan penempatan dihentikan dan keputusan baru-baru ini dibatalkan segera. Mereka menyatakan kebimbangan terhadap situasi ketegangan dan keganasan yang semakin memuncak.

 

Related