Home Berita Post View

Tiga Warga Turki Ditahan Israel di Masjid al-Aqsa

Feb 14, 2023 05:44 pm

 

Dalam sebuah kejadian di Masjid al-Aqsa, puluhan penduduk haram Yahudi mencetuskan serangan terbaharu ke atas tempat suci itu. Serangan tersebut diketuai oleh Rabbi Israel, Yehudah Glick dan mereka yang terlibat turut mendapat perlindungan ketat daripada pasukan tentera Israel. 

Sumber tempatan melaporkan bahawa Glick dan puluhan penduduk haram Yahudi menceroboh Masjid al-Aqsa dari arah Pintu Mughrabi. Mereka dilaporkan bergerak secara berkumpulan dan melakukan lawatan provokatif di sekitar kawasan masjid suci itu.

Menurut sumber yang sama, tentera Israel juga telah menahan dua orang gadis Turki dan seorang pemuda ketika mereka berada di pekarangan Masjid al-Aqsa.

Related