Kelab Tahanan Palestin melaporkan bahawa rejim Zionis telah menahan lebih daripada 914 orang tahanan di bawah penahanan pentadbiran tahun ini. Pada masa yang sama, laporan tersebut mendedahkan jumlah tahanan telah mencecah rekod tertinggi sejak peristiwa Intifada al-Aqsa.
Dalam satu kenyataan yang sama, jurucakap kelab itu menjelaskan bahawa rejim Zionis telah mengeluarkan lebih 12000 arahan penahanan pentadbiran sepanjang sembilan tahun yang lalu.
Difahamkan jumlah penahanan pentadbiran pada tahun lepas mencecah seramai 2409 orang dan 315 orang tahanan daripada jumlah tersebut telah ditahan pada bulan Disember. 80% daripada tahanan pentadbiran telah ditahan pada tahun lepas, termasuk mereka yang menghabiskan masa bertahun-tahun di penjara Israel. Manakala 80 tahanan pentadbiran yang lain meneruskan boikot mereka terhadap mahkamah Israel.

