Home Berita Post View

Mesir: Israel Harus Hentikan Tindakan Berat Sebelah Ke Atas Palestin

Feb 08, 2023 06:27 pm

 

Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry meminta Israel untuk menghentikan tindakan berat sebelah mereka terhadap Palestin kerana ianya berpotensi untuk meningkatkan ketegangan dalam kalangan rakyat negara itu.

Menurut beliau, “Pertempuran di antara Palestin dan Israel yang berlaku baru-baru ini, serta peningkatan kadar serangan telah mendorong ancaman dan situasi sehingga tahap luar kawalan”. 

Beliau juga memberi amaran terhadap kesan serius yang berpunca daripada peningkatan serangan terhadap keselamatan, kestabilan di rantau ini serta peluang penyelesaian antara dua negara. Pada masa yang sama, beliau turut menekankan kemahuan Mesir yang menyeru keamanan di antara dua negara tersebut.