Home Berita Post View

Seorang Parah dan Dua Cedera di Nablus

Feb 08, 2023 06:25 pm

 

Menurut sumber tempatan, kira-kira 30 buah kenderaan yang dipandu oleh pihak musuh telah mencerobohi makam Nabi Yusuf yang terletak di Nablus, utara Tebing Barat. Pencerobohan itu berlaku dengan alasan untuk melakukan kerja-kerja baik pulih di dalamnya. Kenderaan tersebut turut didapati berlegar di beberapa jalan utama dan para penembak tepat diarahkan untuk bersiap siaga di bangunan-bangunan sekitar Nablus.

Sebuah rusuhan ganas berlaku selepas berpuluh pemuda Palestin menentang rejim Zionis yang mengakibatkan dua pemuda tempatan cedera akibat terkena peluru hidup. Salah seorang mangsa cedera parah akibat terkena tembakan di bahagian kepalanya.  

Related