Home Berita Post View

Lebih 900 Tahanan Pentadbiran di Penjara Israel

Feb 08, 2023 06:23 pm

 

Kelab Tahanan melaporkan bahawa jumlah tahanan pentadbiran di penjara Israel pada ketika ini telah mencecah kepada angka lebih 900 orang tahanan, termasuk seorang wanita dan lima orang kanak-kanak.

Jurucakap kelab itu juga menjelaskan bahawa tahanan pentadbiran kebanyakannya ditahan di tiga penjara iaitu Penjara Ofer seramai 379 orang tahanan, Penjara Negev seramai 345 orang tahanan dan Tel Megiddo seramai 160 orang tahanan. Manakala selebihnya ditahan di penjara yang lain.

Kelab tersebut turut menegaskan bahawa pihak Israel telah mengeluarkan lebih daripada 12 ribu perintah tahanan pentadbiran sejak sembilan tahun yang lalu. Rekod tertinggi yang pernah direkod adalah pada tahun lalu dengan 2,409 waran tangkap. Sebagai rekod, seramai 80% daripada tahanan pentadbiran telah ditangkap sebelum ini, termasuk mereka yang telah menghabiskan bertahun-tahun dalam tahanan.

Related