Home Berita Post View

Ben-Gvir Mahu 50 Peluru Berpandu Dilepaskan Sebagai Tindak Balas Terhadap Pejuang Palestin

Feb 08, 2023 03:37 am

 

Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir menggesa untuk melancarkan tindak balas terhadap setiap peluru berpandu yang dilepaskan oleh pejuang Palestin di Semenanjung Gaza dengan 50 peluru berpandu.

Di dalam sebuah lawatan ke Semenanjung Gaza, Itamar Ben-Gvir berkata, "Semalam kami bersetuju dengan penempatan baharu di sekitar sempadan Semenanjung Gaza tetapi tindak balas terhadap HAMAS mesti menyeluruh. Setiap peluru berpandu yang dilepaskan dari Gaza perlu dibalas dengan 50 peluru berpandu ke sana. Ini adalah gambaran saya dengan harapan pihak kerajaan dapat melaksanakannya. Saya memilih untuk optimis dan percaya ia akan berlaku."