Home Berita Post View

Remaja Terbunuh di Nablus

Feb 08, 2023 03:36 am

 

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan seorang remaja Palestin, Hamza Al-Ashqar, 17 tahun telah ditembak mati oleh rejim Zionis di Nablus, Tebing Barat. Remaja itu mengalami kecederaan akibat terkena tembakan pada bahagian mukanya oleh rejim Zionis semasa pencerobohan Israel di Nablus.

Susulan daripada kejadian itu, angka rakyat Palestin yang terkorban sejak awal tahun ini telah meningkat kepada 42 orang, termasuk sembilan orang kanak-kanak dan seorang warga emas.

Related